Manusia? Itulah yang digambarkan terhadap kita. Antara makhluk Allah yang sentiasa tak pernah cukup terhadap aper yang telah kita terima. Kekadang tu aku sentiasa jugak terpikir….mengapa kita ni begitu susah untuk berfikir akan maksud “BERSYUKUR”. Padahal, setiap masa dan ketika, kita ni sentiasa disuruh agar menunaikan segala perintah Ilahi....
Maka, dengan ini sepatutnyer kita sudah boleh berfikir akan maksudnyer untuk kita melaksanakan perintah Ilahi ini. Atau pun kita melaksanakan perintah ini dengan paksaan. Kita tak pernah belajar untuk meredai perbuatan kita sehari-hari. Mungkin disebabkan ini, sampai sekarang jiwa dan raga kita tak pernah merasakan nikmat bila beribadat kehadrat Ilahi…
Umpama rela dalam paksa.. kita tetap melakukan perkara tersebut tetapi otak kita tidak boleh menerima akan kebaikan yang tersirat di sebalik ibadah yang telah kita lakukan. Itu lah apa yang telah berlaku terhadap kebanyakan manusia di zaman sekarang. Kita hanya mengikut tanpa mendalami apa yang telah kita lakukan selama ini. Sesetengah orang berfikiran bahawa ianya sudah mencukupi dan tidak perlu akan pembaziran dalam “ilmu dan ibadat”.
Namun, setiap manusia mempunyai fikiran yang berbeza. Ini menjadikan sukar untuk memilih jalan yang sesuai untuk diri setiap makhluk yang bergelar manusia ini… assalamualaikum.//

0 comments:
Post a Comment